Hiburan Itu Indah

Khamis, 31 Disember 2009

Hadirmu Ku Sambut..2010

2009 kini melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, masih kita bernafas hingga kini. Mengimbas kembali, nostalgia sepanjang tahun ini. Menyelak kenangan lalu mencatit semula di sini. InsyaAllah, mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Pengalaman mendewasakan, adakah benar kita sudah dewasa? Atau sudah tua? Allah wa Rasul a'lam. Namun, kita harus melangkah dan akan terus melangkah selagi dunia belum berakhir..justeru sahabat sekalian, adik-adik nisa, terima kasih atas segala pengorbanan masa dan juga tenaga kalian..moga Allah swt akan menilai usaha kita yang sedikit ini demi melihat Islam yang tercinta terus terpacak teguh dihati2 kita semua..

Wahai diri, bertaubatlah sebelum pintu tersingkap,
Sebelum hari Kebangkitan menghadap kita,
Ada hamba yang takut akan dosanya dan nyaris berputus asa
Tatkala malam yang pekat tiba, ia berdiri khusyuk di mihrabnya
Seraya berdoa dengan merendah,
"Wahai Tuhan, Wahai Tumpuan orang2 yang berdosa
Aku menuju Mu, wahai Zat Tempat Meminta
Tidak ada yang kumiliki selain berbaik sangka kepada Mu
Saat mengharap dan meminta
Ampunilah aku, hapuslah dosaku
Selamatkan aku dari nerakaMu,
Wahai Tuhan Pemberi Manfaat dan bahaya
Anugerahilah aku taubat yang membuatku hidup
Aku takut terhadap dosa yang kulakukan
Ketemukanlah aku dengan Mu,
Duhai Pemilik alam ini..
Wahai Allah, Kurniakanlah kepadaku dua biji mata
Yang mudah mengalirkan air mata keranaMu,
yang dapat menyembuhkan hati dengan linangannya
kerana takut kepadaMu
sebelum mengalirnya air mata darah..
Wahai Zat Yang Maha Agung..
Amin ya Rabbal A'lamin..