Hiburan Itu Indah

Khamis, 27 Oktober 2011

LabbaikAllah...


Assalamualaikum sahabat2 Nisa'! ^^v

Apa khabar iman?
Apa khabar taqwa?
Apa khabar jasad?
Apa khabar emosi?


Hopefully semuanya dalam keadaan baik2 sahaja, inshaAllah..

Masya-Allah, lama sungguh x ber-update blog Nisa' Besut ni ye? Ampun maaf atas segala kelemahan dari pihak kami. InshaAllah selagi masih diberi pinjaman nafas akan cuba kami perbaiki segala kekurangan yang ada.



Ramadhan telah berlalu, Syawal jua telah meninggalkan kita. Zulkaedah menjelang, Zulhijjah melambai2 sesayup lambaian Ka'abah, sesyahdu panggilan Ilahi menjemput hamba-hambaNya yang terpilih untuk menjadi tetamu kehormat di rumahNya yang suci - AlHaramain.

Sahabat,
Alangkah bertuahnya insan-insan yang terpilih memenuhi panggilan Haji pada kali ini. Antara jutaan insan terpilih itu adalah Ketua Nisa' Besut sendiri, iaitu Kak Islah Ain. InshaAllah beliau bersama 9 orang lagi ahli keluarganya akan berangkat ke Tanah Suci pada hari ini - Jumaat yang penuh barokah. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan tubuh badan dan kekentalan iman buat mereka semua sepanjang tempoh berada di Tanah Suci nanti. Doakan jua semoga seluruh ummat mendapat Haji yang mabrur, inshaAllah!

Bagi yang masih belum berkesempatan untuk ke Tanah Suci, usah bersedih hati. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Dia amat murah dengan reward pahala buat hamba-hambaNya. Apa tidaknya, tanpa perlu mengeluarkan wang walau sesen, Allah dah pun janjikan kita bonus-bonus istimewa untuk direbut sepanjang bulan Zulhijjah nanti.

To cut it short, sudi-sudikan diri melawat laman sesawang Ustaz Zaharuddin ini untuk merebut peluang redeem hadiah2 lumayan yang telah dijanjikan - http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

Sekian sahaja coretan kali ini..
Renung-renungkan dan Selamat BerAMAL! ^___^

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam Aidilfitri daripada Nisa' Besut

Minal Aidil Wal Faizin

Nisa' Besut memohon jutaan keampunan atas segala kesilapan dan kekurangan. Salam aidilfitri, salam kemenangan daripada Nisa' buat semua yang sentiasa memberi sokongan kepada Nisa'. Nisa' juga pohon cadangan, komentar, dan idea pembaharuan untuk penambahbaikan aktivti dan gerak kerja organisasi yang sedia ada ini. Kongsi-kongsi lah ya jika ada sebarang cadangan. =) Terima kasih semua. =)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Jemputan ke Jalinan Aidilfitri


Jemput Nisa' (adik-adik dan kakak-kakak perempuan) semua ke majlis rumah terbuka Nisa' iaitu Jalinan Aidilfitri. Selain menjamu selera, adik2, kakak2 juga akan disajikan dengan tayangan multimedia serta ceramah yang akan disampaikan oleh pengetua Maahad Tahfiz Pengkalan Chepa, Ustaz Mohd Khairul Ikhwan yang bertajuk Srikandi Merdeka.

Ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan srikandi merdeka dan siapa dia srikandi merdeka, jom kita berjumpa dan berkumpul di Jalinan Aidilfitri Nisa' Besut. =)

Pakai baju raya ya! =) Semoga 'ukhwah manis' terjalin di Jalinan Aidilfitri. insyaAllah. =)

Jalinan Aidilfitri
Tarikh : 3 September 2011
Masa : 8 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Dewan Haji Salleh, Alor Lintah
Pakaian : Baju Raya =) sopan-sopan~
Jemputan : Semua remaja perempuan 13tahun ke atas dijemput hadir!

sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di : 01119981761

Sabtu, 20 Ogos 2011

Pecutan Demi Pecutan- Coretan Ramadhan Nisa'


Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi nikmat masih mampu bernafas sebagaimana hari semalam. Nikmat yang Allah berikan tidak mampu dibilang betapa banyaknya termasuklah nikmat sempat menyambut sekali lagi Ramadhan pada tahun ini. Andai saja oksigen tidak mampu memasuki paru, Andai saja jantung tidak lagi berdegup, nadi tidak lagi berdenyut, kita pasti kerugian andai tidak sekalipun melafazkan rasa syukur ini. Alhamdulillah wa syukran lillah, apapun, Hadza min fadhli Rabbi.=) Semuanya pun milik Allah, udara yang percuma diberi oleh Allah untuk kita terus melafazkan rasa syukur dan untuk kita terus menjalankan dua kewajipan kita sebagai manusia, ibadullah dan khalifatullah. Alhamdulillah once again, Thank You Allah. =)

Cuba bilang, hari ini sudah berapa hari kita berada dalam bulan Ramadhan atau orang Besut sebut, 'bule poso'? ;p (angkat tangan dan bilang)

Tahun ni sedikit senang untuk dikira berapa hari sudahpun kita berpuasa memandangkan 1 Ramadhan jatuh pada 1 Ogos, maka, 21 Ogos bersamaan dengan...? masuk 21 hari kita berpuasa. Jadi, Nisa' nak tanya sekarang kita sedang menempuh fasa ke berapa ya?

Baik, kita telahpun melepasi fasa pertama Ramadhan iaitu Fasa Rahmat Allah atau kasih sayang Allah.

Dalam fasa pertama, objektif yang sepatutnya dicapai adalah rahmat Allah. Macam mana? Banyak cara yang perlu dilakukan untuk meraih rahmat Allah. Antaranya, bila datang Ramadhan seharusnya kita berazam untuk membuang segala keburukan dan kejahatan atau lebih lembutnya kesilapan2 yang tidak putus-putus kita lakukan pada 8 bulan sebelum-sebelumnya. Agak-agak tercapai tak azam kita? Hmmm, tepuk dada, tanya iman. Hanya kita yang boleh menghisab diri kita sendiri sebelum dihisab oleh Tuan jasad dan roh. Semoga, kita bukan melepasi Fasa pertama Ramadhan bagai angin lalu, tapi, kita memperoleh rahmat Allah daripadanya. insyaAllah. =)

Fasa kedua Ramadhan, sudahpun kita lepasi. Tak tahulah lulus ataupun tidak sebab kelulusan fasa-fasa Ramadhan hanya Allah yang tahu dan boleh menilainya. Apakah ia fasa kedua? Apa objektif kita? Target fasa kedua adalah untuk mendapat keampunan daripada Allah iaitu maghfirah Allah. Semoga berlalu fasa kedua iaitu fasa pertengahan dengan keampunan Allah. Amiin.

Nisa' tak mahu berbicara panjang memandangkan sudah banyak juga buku-buku, artikel-artikel yang ditulis oleh orang yang faqih berkenaan Ramadhan, dan sahabat-sahabat juga pasti sedia maklum akan banyaknya kelebihan bulan Ramadhan. jadi, terus ke fasa ketiga Ramadhan, iaitu hari-hari yang sedang berlangsung sekarang.

Apa matlamat kita pada fasa ketiga Ramadhan?

Fasa ketiga ini dikatakan sebagai fasa bebas daripada cengkaman neraka, itqun minannar. Adakah semua yang menjalani ibadat puasa itu akan bebas daripada cengkaman neraka bila melalui fasa tiga ini? Oh tidak... bukan sewenang-wenangnya begitu. Kita akan dijauhkan daripada api neraka dengan syarat, kita berusaha bersungguh-sungguh menjauhi perkara yang dilarang Allah dan bersungguh melakukan sesuatu yang disukaiNya. Jangan dituntut pembebasan daripada api neraka andai badan kita masih kotor dan menebal dengan debu dosa.

Andai baju kotor hanya boleh dibersihkan dengan sabun, maka, sabun pencuci bagi dosa ialah taubat nasuha, berubah menjadi baik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi kesilapan. Bagaimana? Debu dosa boleh dicuci dengan zikir, solat dan sebagainya.

Jadi, yuk, kita sama-sama mengisi fasa tiga ini dengan sebanyak-banyak amalan yang disukai Allah seperti ; berzikir, berdoa, beritikaf, bertadarus, beristighfar, berqiammulail dan sebagainya.

Selain merupakan fasa dijauhkan daripada api neraka, dalam fasa ketiga ini juga Allah sajikan dengan sebuah hadiah yang tiada dalam bulan-bulan yang lain. Bukan calang orang akan mendapat hadiah ini melainkan orang yang dikehendakinya. Tapi, ada cara untuk kita menjadi orang terpilih menerima hadiah ini sebagaimana yang Nisa' sebutkan tadi. Buat perkara yang Allah suka dan sayangkan kita. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah Allah akan pilih kita menjadi orang yang istimewa mendapat hadiah tersebut. Hadiah apa ya?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Ia lah Lailatul Qadar, malam lebih baik daripada seribu bulan. carilah ia, burulah ia. Tapi, ini tidak bermakna hanya pada fasa terakhir Ramadhan kita akan serta merta menjadi ahli ibadah yang tidak terpisah daripada bentangan sejadah. Seharusnya, daripada bulan-bulan sebelum lagi kita harus berusaha mendapatkannya. istiqamah dalam beribadat dan mencari redhaNya. Buat pecutan dan menangi lailatul qadar, tapi, andai sudah menang sekalipun, latihan pecut harus diteruskan atau kita akan kalah di sisi Allah pada bulan-bulan yang lain. Ingat ya, matlamat kita sebenarnya meraih redha Allah bukan hanya pada Ramadhan. orang kata Ramadhan sebagai bulan tarbiyah, ia melatih kita untuk menjadi umat yang lebih baik dan terus istiqamah pada bulan-bulan lainnya.

Sekadar ini coretan Nisa' kali ini. Maafkan andai ada terkasar bahasa. Nisa' juga masih lagi budak baru belajar, jadi, sebarang kesilapan dalam coretan ini harap dibetulkan.

Wallahu'alam, Wassalam.

Muslimah, dengarkanlah =)




Allah cintakanmu,

Rasulullah kasihkanmu

Muslimah,

berbahagialah,

kau telah dilahirkanNya dengan mulia

Subhannallah,

Tuhan tlah berkati wanita yang cukup ilmu,

rendah hati

Muslimah,

Busanamu menutup rapi

Aurat kau lindungi dengan indahnya

Muslimah,

Kau rajin mengaji,

Islam kau jadikan ikutan sejati

Subhanallah,

Tuhan tlah berkati wanita yang cukup ilmu,

rendah hati

Muslimah

Memandangmu menyejuk hati

Menundukkan nafsu hati yang goyah

Keayuan wanita solehah

Indah peribadi, tulus hatinya

Muslimah,

Kecantikan yang sebenar

Pada tutur kata

Penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu

Dengan pakaian

Mentaati Allah

Muslimah

Kau masuk ke syurga

Solat lima waktu dan berpuasa

Menundukkan pandangan matamu

Mentaati suami yang tercinta

Muslimah,

Busanamu menutup rapi

Aurat kau lindungi dengan indahnya

Muslimah,

Kau rajin mengaji

Islam kau jadikan ikutan sejati

*Muslimah-Nazrey Johani*


Ahad, 14 Ogos 2011

Jangan Rongakkan Saff Kita!


Ramadhan- ditunggu-tunggu kehadirannya. Terlalu banyak keistimewaan Ramadhan sehingga kehadirannya sering dinanti. Antaranya, dalam Ramadhan, ada solat sunat terawikh yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Alhamdulillah, selain punya pengalaman menyambut awal Ramadhan di wad, pada hari keempat Ramadhan sehingga hari ini, saya berkesempatan menunaikan ibadah sunat terawikh secara berjemaah. Setia berkunjung ke satu masjid iaitu Masjid Gong Kepas yang diimamkan ustaz dari Kemboja. Bacaannya lunak dan iras2 Syeikh Masyari Rasyid. Alhamdulillah.

Di awal-awal Ramadhan, bahagian solat wanita penuh dan sesak dengan jemaah terawikh yang ramai. Kadang-kadang saya sendiri terpaksa duduk di saff luar masjid, iaitu di muka pintu masjid. Orang kata tak elok duduk di muka pintu, nanti tak ada orang masuk meminang. ;p Tapi, tak apa, saya bukan duduk, tapi saya sekadar bersolat di muka pintu. Persetankan kata orang asalkan saya dapat berjemaah terawikh bersama orang kampung saya... Cuma, di pertengahan Ramadhan, jemaah semakin berkurang dan di sinilah saya tergeleng-geleng kepala melihat barisan jemaah yang tidak teratur.

Bukan menggeleng kerana saff yang berkurang, tapi menggeleng kerana saff yang rongak-rongak. Di sebelah kiri berlubang, kanan berlubang walhal tengah juga berlubang. Saya mengajak beberapa orang untuk merapatkan saff di hadapan, tapi, orang yang diajak tetap tidak mahu berganjak. Ibarat satu sejadah untuk seorang, maka, boleh tembus mata penglihatan ke jemaah saff paling depan. Tidak kurang juga yang berat untuk berganjak disebabkan kedudukannya yang strategik iaitu betul2 dibuai-buai kipas angin industri yang besar. Susah-susah (menggeleng kepala). Susah sebab kebanyakannya lebih tua daripada saya, takut ditegur terasa pula hati mereka. Buktinya apabila saya cuba mengisi saff yang kosong, makcik di sebelah saya tiba2 berpaling dan bagitahu, ‘Dik, sempit la...peluh-peluh nanti..’ Saya terdiam, sekadar senyum dan terus bangkit untuk solat sebaik imam bertakbiratul ihram. ‘Maafkan saya makcik. Tak sanggup rasa hati membiarkan saff rongak begitu! Lagipun rasanya tak sempit dah’, sempat bermonolog di hati sedang di wajah penuh kerutan serba salah.

KENAPA KENA RAPATKAN SAFF?

Kenapa ya perkara yang kelihatan kecil ini saya besar-besarkan pada catatan kali ini?

Teringat saya pada zaman saya mula ingin mengenali agama, di UIA, kiri dan kanan saya adalah orang Arab. Tahu-tahu sajalah orang Arab ni badannya lebih berisi berbanding orang kita (Melayu), saya seakan dihimpit di tengah. Tiba-tiba seorang daripada jemaah keluar daripada saff sedang waktu itu sedang bersolat. Orang Arab di sebelah saya berganjak beberapa langkah dan saya masih diam disitu mengaminkan bacaan imam. Tiba-tiba saya dapat rasakan badan saya disentap oleh orang belakang menyuruh saya berganjak, dan baru saya berganjak perlahan-lahan. Dari situlah saya sentiasa cuba cakna tentang kesempurnaan saff apabila solat berjemaah.

Oh ya, masih tidak menjawab soalan. Mengapa rapatkan saff itu penting? Sebab, bahasa mudahnya, kita akan dapat fadhilat atau ganjaran yang besar daripada Allah dengan rapatnya saff solat. Bahasa mudahnya lagi, Allah suka kalau kita rapatkan saff solat. Daripada sudut sainsnya pula, apabila merapatkan saff, ion2 dalam badan kita mengalir, begitu juga daripada jiran-jiran jemaah kita. Ion-ion tersebutlah yang akan saling bertukar dan justeru menjalin ukhuwah antara kita sesama Islam. Kerana sentuhan juga boleh mengeratkan kasih sayang sesama kita bukan? ;p

Semasa zaman sekolah dulu-dulu, apabila saff tak rapat, kawan-kawan saya pernah tegur dan bagitahu jangan putuskan saff, nanti tak dapat pahala saff. Semudah itu saya difahamkan tentang kepentingan rapatkan saff solat. Dengan ini, saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat dan adik-adik untuk lebih cakna tentang barisan solat jemaah kita. =)

Begitulah catatan saya, sekadar penjelasan mengikut pengalaman diri. Tapi, banyak sumber juga menekankan perihal kepentingan merapatkan saff solat. Di sini saya sertakan sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan :

http://www.iluvislam.com

http://ibnushukran.blogspot.com

http://zonedakwah.blogspot.com

http://www.faridrashidi.com

Selamat Beramal dan Selamat Menyempurnakan Amalan! =)

Semoga Ramadhan penuh berkat. Amiin~

Wallahu’alam. Wassalam.

Sabtu, 9 Julai 2011

Allahumma Bariklana Fi Rajab Wa Syaaban, Wa Ballighna Ramadhan


Salam Mahabbah Fillah buat semua nsahabat pengunjung laman Nisa' Besut yang dikasihi.
Semoga berada dibawah lembayung rahmat dan perlindungan Allah SWT. (^_^)

Alhamdulillah, diberi kesempatan kembali melarikan jari-jemari untuk mengisi ruang maya Nisa' Besut buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, kepada Allah jualah segala puji-pujian.



Dalam sedar atau tidak, kita sudah disampaikan ke bulan Syaaban 1432H. Hari ini, 9 Julai 2011 adalah bersamaan 8 Syaaban 1432H. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi suka untuk saya kongsikan kelebihan dan keistimewaan bulan Syaaban ini untuk sama-sama kita berusaha merebut sebanyak mungkin ruang dan peluang untuk pembaikan diri dan mengejar ganjaran rahmat Allah SWT.

Dari Usamah bin Zaid RA, beliau berkata kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah , aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaaimana engkau berpuasa pada bulan Syaaban."

Maka baginda Rasulullah SAW menjawab:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَب وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعُ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ

"Itu adalah antara bulan Rejab dan Ramadhan yang manusia lalai darinya. Dan ia adalah bulan yang padanya segala amalan akan diangkat kepada Rabbul 'Alami . Maka aku senang amalanku diangkat semetara aku sedang berpuasa."

Berdasarkan hadith diatas, ulama' telah meletakkan dua hikmah Rasulullah SAW banyak berpuasa pada bulan Syaaban.

  1. Kerana banyaknya manusia yang lalai kerana dihimpit dua bulan mulia iaitu Rejab dan Ramadhan.
  2. Kerana baginda senang amalan baginda diangkat kepada Allah SWT dalam keadaan baginda berpuasa.

Disamping itu, ada juga sebahagian ulama' yang menyatakan kelebihan puasa pada bulan Syaabban adalah untuk melatih diri berpuasa bagi menghadapi Ramadhan. Memandangkan bulan Ramadhan adalah selepas bulan Syaaban, maka adalah baik untuk kita mempersiapakan diri bagi menghadapi bulan Ramadhan dan terus meningkatkan momentum ibadah kita.

And, most importantly, istimewanya Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain adalah kerana adanya malam Nisfu Syaaban iaitu pada 15 Syaaban. Seperti istimewanya Rejab dengan Isra' Mikrajnya, bulan Ramadhan dengan Lailatul Qadrnya, begitulah istimewanya Syaaban dengan malam Nisfu Syaabannya.

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang yang benci-membenci)"

(Riwayat Ibn Hibban, Al-Bazzaar dan lain-lain)

Oleh itu, sahabat-sahabat semua, dalam rangka waktu yang masih tersisa, dalam kesempatan ruang yang masih dianugerahkan, jom kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan, kenikmatan, kerahmatan, keampunan dan keredhaan Allah.

Akhirul kalam, saya tinggalkan sahabat-sahabat semua dengan serangkai doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW yang merupakan petikan dari satu hadith. :)



اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانٍ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah berkatilah hidup kami dibulan Rejab dan Syaaban,
dan sampaikanlah usia kami sehingga bulan Ramadhan."

Sabtu, 2 Julai 2011

Prejudice, Patience, Prayers


أنا عند ظن عبدي بي فليظن ظان ما شاء

Translation: I followed my servant prejudice against me, then please prejudiced fit what you want.

I was blog hopping, that is when I stumbled upon this very refreshing hadith. Yes, everyone does know it. Still, things are always easier said than done.

I woke up everyday, with tonnes of hopes and prayers, that today and ahead will be a great day for me and my family. I often thought, life is not an option, still, I believe we have the options on how to live life.

There are times, when I feel like sighing. There are time, when I feel like giving up trying. Still, knowing that whatever results I may have to experience in the future depends on how I act upon trials, I tried my best not to be overwhelmed with all the kind of negative feelings and thoughts I have sometimes.


Yesterday, I attended an usrah after such a long time. Have a very different feeling, I felt alive and grateful. I suddenly realized, whatever that is happening to me now, it's something within His knowledge and definitely His will. Thus, I believe, there must always be His blessings in every disguise.

They plan, Allah also Plans, and Allah is the best of Planners. (Ali Imran: 54)

Indeed, He is.

Oh Allah, please grant us guidance, patience and strength. Please be with us all along the way.

Allah knows everything, always at best.

Keep believing, have faith. :)