Hiburan Itu Indah

Jumaat, 2 Oktober 2009

Program "Memburu Cinta"


Salam Mahabbah buat semua pengunjung laman Nisa' Besut. :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala rahmat dan hidayahNya.



Pada 21 Ramadhan 1430 yang baru berlalu, Nisa telah menganjurkan satu program bersempena Lailatulqadr. Kehadiran peserta ke program adalah amat memberangsangkan.Hadirin terdiri dari mereka yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Lailatulqadr kepada para peserta. Program ini padat dengan pengisian tentang Lailatuqadr, bermula dengan ceramah yang bertajuk "Indahnya Lailatulqadr". Alhamdulillah, satu kupasan yang indah dan jelas dari penceramah jemputan kami.

Program diteruskan lagi dengan perkongsian dari para fasilitator program. Para fasilitator adalah terdiri dari kalangan graduan universiti. Sesi ini memberi impak positif kerana berupaya mencipta komunikasi dua-hala antara peserta dan para fasilitator.



Seterusnya, program berjalan dengan Slot Muhasabah. Dalam slot ini, para peserta diberikan sehelai kertas yang dilukiskan bentuk hati. Seterusnya, para peserta diminta untuk menandakan dengan satu titik hitam untuk seberapa banyak dosa yang telah mereka lakukan. Alhamdulillah, ia meninggalkan kesan keinsafan yang besar, bukan sahaja dikalangan peserta, malah para fasilitator dan jawatankuasa pelaksana program juga. Ya Allah, betapa kami sedar, hinanya kami disisiMu. Terlalu banyak dosa yang telah kami lakukan. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun,dan Maha Penerima Taubat, maka ampunilah kami, dan terimalah taubat kami Ya Allah. Diri kami terlalu dhoif, lalai dalam mengingatiMu.



Akhir kalam, seinfiniti penghargaan dari kami atas kesudian sahabat-sahabat Nisa' untuk menjayakan program ini. Kalungan penghargaan jua buat penceramah jemputan Ustaz Azhar bin Yusof atas kesudian memberikan ceramah yang bertajuk "Indahnya Lailatulqadr".

Semoga usaha kita yang sedikit ini, tercatat sebagai amalan yang diredhai disisi Allah swt dan semoga berjaya memburu Lailatuqadr yang diimpikan! :)


Dari meja editor Nisa' Besut, serta seluruh sahabat Nisa' Besut:

Selamat Berpuasa dan Salam Lailatulqadr.

Lawatan Nisa' ke Cameron Highlands

Salam Mahabbah buat pengunjung Laman Nisa' Besut yang dirahmati Allah! :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat anugerahNya.

Pada tarikh 14-15 Julai yang lalu, Nisa' Besut telah berjaya mengadakan satu program lawatan ke Cameron. Program yang berbentuk "Get-Together" ini telah berjaya mengumpulkan seramai 40 orang pwarga Nisa' besut dan ahli keluarga yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, orang dewasa dan remaja.




Jutaan penghargaan atas kesudian pihak Pejabat Agama Islam Cameron menerima kami untuk menginap di asrama mereka. Kalungan penghargaan jua buat sahabat seperjuangan organisasi Nisa' Besut atas kerjasama dan komitmen padu yang diberikanuntuk merealisasikan program yang julung kalinya dilaksanakan. Yakinlah, sejarah telah membuktikan, kita mampu LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA!

Dengan ini, disertakan gambar kenangan sepanjang program Lawatan Nisa' ke Cameron Highland.


Bersama mewarnai Nisa' Besut!

Kak Mah, ketua Nisa' Besut :D


Nisa' Boleh!


Generasi Nisa' masa hadapan.


Pemuda harapan bangsa, InsyaAllah.

Alhamdulillah, sekali lagi, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana izinNya, satu lagi program telah berjaya dilaksankan.



Stay tuned, we have got more to come!
Nisa' Besut untuk semua!