Hiburan Itu Indah

Memaparkan catatan dengan label khusyuknya adik2 nisa'..dengar apa tu?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khusyuknya adik2 nisa'..dengar apa tu?. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Oktober 2009

Program "Memburu Cinta"


Salam Mahabbah buat semua pengunjung laman Nisa' Besut. :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala rahmat dan hidayahNya.



Pada 21 Ramadhan 1430 yang baru berlalu, Nisa telah menganjurkan satu program bersempena Lailatulqadr. Kehadiran peserta ke program adalah amat memberangsangkan.Hadirin terdiri dari mereka yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Lailatulqadr kepada para peserta. Program ini padat dengan pengisian tentang Lailatuqadr, bermula dengan ceramah yang bertajuk "Indahnya Lailatulqadr". Alhamdulillah, satu kupasan yang indah dan jelas dari penceramah jemputan kami.

Program diteruskan lagi dengan perkongsian dari para fasilitator program. Para fasilitator adalah terdiri dari kalangan graduan universiti. Sesi ini memberi impak positif kerana berupaya mencipta komunikasi dua-hala antara peserta dan para fasilitator.



Seterusnya, program berjalan dengan Slot Muhasabah. Dalam slot ini, para peserta diberikan sehelai kertas yang dilukiskan bentuk hati. Seterusnya, para peserta diminta untuk menandakan dengan satu titik hitam untuk seberapa banyak dosa yang telah mereka lakukan. Alhamdulillah, ia meninggalkan kesan keinsafan yang besar, bukan sahaja dikalangan peserta, malah para fasilitator dan jawatankuasa pelaksana program juga. Ya Allah, betapa kami sedar, hinanya kami disisiMu. Terlalu banyak dosa yang telah kami lakukan. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun,dan Maha Penerima Taubat, maka ampunilah kami, dan terimalah taubat kami Ya Allah. Diri kami terlalu dhoif, lalai dalam mengingatiMu.



Akhir kalam, seinfiniti penghargaan dari kami atas kesudian sahabat-sahabat Nisa' untuk menjayakan program ini. Kalungan penghargaan jua buat penceramah jemputan Ustaz Azhar bin Yusof atas kesudian memberikan ceramah yang bertajuk "Indahnya Lailatulqadr".

Semoga usaha kita yang sedikit ini, tercatat sebagai amalan yang diredhai disisi Allah swt dan semoga berjaya memburu Lailatuqadr yang diimpikan! :)


Dari meja editor Nisa' Besut, serta seluruh sahabat Nisa' Besut:

Selamat Berpuasa dan Salam Lailatulqadr.

Rabu, 4 Jun 2008

Seronoknya rehlah...








4 Jun 2008..nisa' Besut telah mengadakan rehlah di Bukit Keluang..alhamdulillah, ramai juga adik-adik yang datang. Moga-moga program seperti ini akan dijalankan pada masa-masa akan datang. Seronok tengok adik-adik sertai aktiviti dalam program ni. Selain merapat ukhuwah dikalangan ajk nisa', malah dapat menarik minat adik-adik untuk menyertai program-program berbentuk Islam..wokeh!!! teruskan perjuangan Nisa' Besut..salam ukhuwah buat adik-adik..insyaAllah..jumpa di Jambori Nisa' pula..