Hiburan Itu Indah

Memaparkan catatan dengan label Program Nisa'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Nisa'. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2011

Promosi Program: MENUJU PUNCAK bersama NISA' BESUT (^o^)


Salam Mahabbah Fillah.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, atas nikmat Iman dan Islam, atas nikmat hidup, atas nikmat sihat dan semuanya.

Alhamdulillah. :)

InsyaAllah, pengumuman yang sudah lama kami janjikan.

Bersempena dengan cuti semester ini,
Nisa' Besut dengan riang gembiranya membawakan kepada anda:

MENUJU PUNCAK bersama NISA' BESUT :D


Butiran Program seperti berikut:


Program ini dibuka kepada semua wanita muda muslim berusia antara 15 hingga 30 tahun. Syarat penyertaan mestilah SIHAT TUBUH BADAN. Kami tak mampu nak menanggung sebarag komplikasi dari masalah kesihatan. :D

Untuk makluman anda semua juga, yuran penyertaan adalah untuk permainan dan aktiviti, disampaing BARBEQUE yang menarik. Sarapan pagi dan makan tengahari adalah disediakan, so, don't bother ye rakan-rrakan. Just be sure to come and participate. We have set everything well-planned. InsyaAllah, semoga selari dengan perancangan Allah jua. (^_^)

Oh, sebelum terlupa, untuk barbeque tu, kita akan ada ayam, sosej dan bebola yang serba banyak. Disebabkan itu, untuk mengelakkan pembaziran, kami memerlukan kerjasama anda semua untuk membuat pendaftaran untuk tujuan penyertaan.

Untuk itu, mohon anda semua yang berminat dan berkelapangan unutk menghantar
SMS kepada nombor 011-19981761
dengan menghantarkan
NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN dan NOMBOR TELEFON
anda bagi tujuan pendaftaran
sebelum 5.00petang 7 Jun 2011.


Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, selain mendaki, kita juga akan berkonggsi cerita di puncak Bukit Keluang, bermain beberapa acara sukaneka dan menikmati jamuan barbeque.

Jom beriadah sambil berukhuwwah, bersama menyahut azam dari program kami yang lalu, BIDADARI UNGU, untuk menjadi
generasi solehah yang
SIHAT dan CANTIK! (^^)

Bersama ini juga, saya sertakan gambar dari puncak Bukit keluang yang sempat saya snap sewaktu mendaki bersama anak murid saya sewaktu menjadi guru ganti tempohari.


Sangat cantik, Subhanallah.

Seronok, InsyaALlah lebih seronok lagi mendaki bersama sahabat Nisa' semua. :)

Sampai jumpa nanti!



Isnin, 23 Mei 2011

Sneak Preview: MENUJU PUNCAK bersama NISA' BESUT

Salam Mahabbah Fillah semua sahabat Nisa' Besut.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi puji dan syukur, dengan izinNya, Program Bidadari Ungu telah selamat dilangsungkan pada 20 Mei 2011 yang lalu.

Cerita-ceriti Bidadari Ungu, saya hutang dulu ye. :)


Mohon laluan, untuk program terbaru Nisa' Besut,
.
.
.
.
.
MENUJU PUNCAK bersama NISA' BESUT!




Seronok nampak kan?

Ini gambar-gambar yang diambil sewaktu saya dan rakan mendaki.
Sangat seronok.
Jom sahabat-sahabat Nisa' Besut semua!

Jadi generasi solehah yang CANTIK dan SIHAT! (^o^)

Setelah penat berhempas pulas dengan exam dan aktiviti seharian yang menuntut kesabaran,
jom sama-sama kita sihatkan badan dan tingkatkan kecergasan fizikal.

Jom MENUJU PUNCAK bersama NISA' BESUT pada 9 JUN 2011.

Stay tuned for juiciest update okay!

Rasullullah SAW berdabda:
"Mukmin yang kuat adalah lebih dicintai Allah
daripada Mukmin yang lemah.."
(HR Muslim)

Loves,
Admin (^__^)

Selasa, 17 Mei 2011

Bidadari Ungu: Bukan Semua Cantik Subjektif (^_^)

Salam Mahabbah Fillah!

Salam ceria semua pengunjung laman.

Kami mulakan dengan satu persoalan untuk semua.

Cantik tu bagaimana ye pada pandangan anda semua?

Wajah yang cantikkah?

Make-up yang serba up-to-date kah?

Busana yang serba indahkah?

Fesyen tudung yang seriring pergerakan masakah?

Personaliti yang serba anggunkah?

Okay, bagi kami it depends.

Semua orang adalah cantik dengan gaya yang tersendiri.

Tapi seringkali kita tersalah langkah kerana terlalu asyiknya mengejar cantik dipandangan manusia.

Justeru, Nisa' Besut mengajak anda, untuk sama-sama menjadi cantik,

dari segi penampilan, peribadi dan gaya.



Ingat, Allahhu jamil, wa yuhibbul jamil.

Sama macam iklan Loreal tu, kerana dirimu begitu berharga.

So, semua orang boleh jadi cantik, cuma kenalah pada cara yang betul.

Jom hilangkan keraguan dan persoalan, bersama berkongsi tips dan gaya dengan kami,

Nisa' Besut,

dalam program

BIDADARI UNGU! (^o^)

Untuk pengetahuan semua pengunjung laman yang dirahmati Allah SWT,

Program Bidadari Ungu merupakan sesuatu yang amat penting bagi organisasi Nisa' Besut.

There are few reasons, you will know it soon.

But, one of it was that, ini adalah program pertama dibawah barisan leaders baru Nisa' Besut.

Kami mahu semua generasi wanita muda diseluruh Besut dapat menjadi sebahagian dari Nisa' dan mendapat segala kebaikan dari organisasi ini.

Jom, kita laksanakan IMPIAN bersama! :D



Promosi Program: Bidadari UNGU (Peta ke Tempat Program)

Again, Salam Mahabbah Fillah! :D

Kehadapan para pengunjung laman yang dihormati,
semoga berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Bagi memudahkan para peserta untuk menjadi sebahagian dari Bidadari UNGU,
di sini, saya lampirkan bersama salinan peta lokasi ke tempat program
Bidadari UNGU pada hari Jumaat ini.

Yuran penyertaan RM 7.00 sahaja.
Terbuka kepada semua wanita berusia antara 17-35 tahun.

So, jangan lupa, ajak semua kawan-kawan,
adik-beradik, sepupu-sepupu, jiran tetangga,
orang-orang kampung ke program
Bidadari UNGU.

Come and Be Beautiful! (^_^)




Promosi Program: Bidadari UNGU-Versi Adik Hanan Aqilah! :D

Salam Mahabbah Fillah buat kakak-kakak dan makcik-makcik Aqilah semua!

Apa khabar semua? Hehe.
Harap-harap sihat semuanya.
Nama saya Hanan Aqilah.
Umur saya 5 tahun.
Aqilah dan ajak kakak-kakak dan makcik-makcik kat seluruh daerah Besut join program Bidadari Ungu ni.
Seronok dan bermanfaat InsyaAllah.
Nanti kat sana, bolehlah kakak-kakak dan makcik-makcik jumpa Aqilah.


Jom ramai-ramai!
Sama-sama jadi cantik (^_^)

Promosi Program: Bidadari UNGU (^_^)

Salam Mahabbah Fillah! (^^)

Alhamdulillah, segala puji kehadrat Ilahi, yang dengan izinNya, satu lagi program dibawah perancangan Nisa' sedang dalam proses perlaksanaan.

Fitrahnya sebagai wanita, perempuan, gadis remaja atau apa saja yang semaksud dengannya, kita memang sentiasa cenderung untuk tampil cantik dan bergaya. Tapi, seringkali jua kita tertanya-tanya, boleh ke nak jadi cantik dan bergaya? Macam mana cara yang sebetulnya supaya tak bertentangan dengan suruhan Allah untuk para wanita menjaga aurat dan maruah?

Cantik kan Anna Althafunnisa'?

Nak jadi cantik tak salah, malah ada hadith Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa
"Sesungguhnya, Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan" (Riwayat uslim & Tirmizi). Justeru, jelas meunjukkan Islam tidak melarang umatnya berhias diri dan menjaga kecantikan, cuma, bagaimana perlaksanaan yang tepat dengan tuntutan agama?

Jom jadi cantik. Allah pon suka! :)

Okay, kalau anda semua pon macam saya, jom ramai-ramai, kita sertai program anjuran Nisa' Besut yang dinamakan sebagai Bidadari UNGU. Wah! Bidadari lagi nama program. Jom sama-sama membentuk keperibadian seanggun bidadari! (^o^)

Ia merupakan satu program khas yang diirencanakan untuk wanita-wanita muda di daerah Besut, untuk bersama-sama belajar cara menjaga kecantikan yang betul,tips untuk berpenampilan menarik dan menjadi muslimah yang anggun lagi solehah.

Butiran lanjut program Bidadari Ungu adalah seperti berikut:

Program: Bidadari Ungu
Tarikh: 20 Mei 2011 (Jumaat)
Masa: 8.15am-12.00pm
Tempat: Pusat Aktiviti Perpaduan Kg Raja, Jalan Tembila
Yuran: RM 7.00 shj
Sasaran Peserta: 17-35 tahun
Makan Tengahari disediakan! (^_^)

Poster Promosi

Flyers Iklan

Jom ramai-ramai meriahkan program ni.
Jom jadi cantik.
Allah pon suka!




Isnin, 14 Mac 2011

Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Bersama NISA' TERENGGANU :D

Salam Mahabbah Fillah.

Terasa lama tak menarikan jemari di atas papan kekunci untuk melunaskan amanah mengemaskini blog Nisa' Besut. Long silence. Mohon maaf atas kekurangan diri yang diberi amanah.

Let's have an impact-full comeback! :D

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Biiznillah, Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Bersama Nisa' Negeri Terengganu dengan kerjasama Nisa' Besut.


Para peserta program yang datang dari seluruh daerah Besut.

Lewat kebelakangan ini, masalah sosial yang kian meruncing di kalangan para remaja Muslim Malaysia telah membuatkan team Nisa' berfikir untuk sama-sama menyumbang usaha bagi memulihkan keadaan. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyediakan para remaja muslim dan yang berada di kawasan Besut khususnya untuk menghadapi dan mendepani masa depan yang serba mencabar. Kempen Anda Bijak Jauhi Zina ini telah dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina oleh Dr. Suhazeli Abdullah dan Ust Hajiya Sofiya. It was a fruitful session with the both of them. Thumbs up! Thanks for coming and sharing. We look forward to have a collaboration again next time! :D



Penceramah jemputan yang sungguh bertenaga, interaktif dan informatif.

They started off by bringing us to realize the reasons why He sent us here, what do we have got to do, and of course our eternal destiny, from Him we came, to Him we return. Thus, what do we prepare to meet Him? Beberapa video menarik dan menginsafkan telah dikongsi bersama untuk menambahkan kesan dalam sesi perkongsian. Despite of giving my best shot, I won't be able to share all inputs given throughout the session.

Hence, jangan lupa to be a part of us in our next upcoming program. :D

Puteri harapan bangsa, generasi harapan ummah.

Wajah-wajah ceria para peserta program,
AJK penganjur dan
bonda yang turut hadir memberi suntikan semangat,
menzahirkan segunung harap buat puteri harapan ummah.

Akhir kalam dari saya mewakili jawatankuasa penganjur program, semoga segala yang dianjurkan akan mendapat keredhaan Allah swt, dapat memberikan manfaat buat para peserta, seterusnya menjadi titik mula untuk menjadikan hari mendatang lebih baik dari sebelumnya.

Jangan lupa, sertai aktiviti Nisa' Besut pada masa-masa yang akan datang! (^^)

Salam Ukhuwwah Fillah!

Selasa, 11 Januari 2011

Kem Solat Remaja 2010

Salam Mahabbah Fillah! :D

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang masih dirasai sehingga hari ini.

(^o^)


Pada 27-28 Disember 2010 yang telah lalu, Nisa' Besut telah diberi amanah untuk mengendalikan program Kem Solat Remaja 2010 yang telah diadakan di Darul Iman Inn, Beting Lintang, Besut. Program dua hari satu malam itu telah diadakan dengan tema "Marilah Beramal". Lagu tema untuk program adalah "Demi Matahari" nyanyian kumpulan Snada yang merupakan tafsiran bagi surah Asy-Syams.



Objektif perlaksanaan program adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan remaja untuk meningkatkan dan menjaga kualiti solat disamping mempersiapkan para remaja muslimah Kawasan Besut untuk menjadi srikandi Islam yang sebenar.

Segala puji bagi Allah, dengan izinNya sasaran peserta yang dianggarkan seramai 60 telah berjaya dicapai dengan penyertaan seramai 58 orang peserta yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 15 tahun. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur untuk memastikan kelancaran perjalanan program dan objektif program tercapai.



Program berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan walau terpaksa mengharungi keadaan cuaca yang sukar dijangka. Meskipun jangka masa program yang terhad, ia dipercayai dapat meninggalkan impak positif dikalangan remaja. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari satu malam para peserta dan fasilitator berkampung di Darul Iman Inn adalah:


  1. Aktiviti berkumpulan yang bermatlamat untuk para peserta berkenalan disamping membina kemampuan komunikasi dan kepimpinan dalam diri para remaja.
  2. Kuliah solat yang disampaikan oleh Ust Adam Ahmad.
  3. Bengkel Kuliah solat yang membawa para peserta untuk komunikasi dua hala secara terus dengan para fasilitator tentang sebarang permasalahan solat dan Kuiz berdasarkan Kuliah Solat yang disampaikan oleh Ust Adam.
  4. Bacaan Al-Mathurat secara berjemaah.
  5. Hafazan makna lafaz bacaan dalam Solat untuk memupuk khusyuk dalam solat dengan memahami lafaz bacaan dalam solat.
  6. Muhasabah ringkas yang membawa para peserta untuk menginsafi tujuan asal kehidupan di dunia dan matlamat akhir kehidupan manusia.
  7. Kuliah Subuh bertajuk "Al-Quran" oleh Ustz Siti Khadijah.
  8. Riadah pagi ala Amazing Race yang berjaya diadakan walau terpaksa mengharungi cuaca yang tidak menentu. Amazing Race ini diadakan untuk membantu para peserta mengaitkan segala input sepanjang program ini diadakan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
  9. Perkongsian tentang "Aurat Muslimah".




Program diakhiri dengan upacara penutupan oleh pihak penganjur program, Halwa Dun Kota Putera. Masih terdengar betap besarnya harapan para ibu yang menganjurkan program terhadap generasi masa hadapan. Bacaan Doa Wehdah yang dipimpin oleh Ukhti Bintul Aqilah mengakhiri program dua hari satu malam ini.



Dari pihak Nisa' Besut, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak penganjur program untuk kami mengendalikan program ini, walaupun kami merupakan pemegang amanah untuk perlaksaan program ini, kami turut mendapat peluang untuk belajar dan mengambil manfaat dari program ini.



Buat adik-adik peserta Kem Solat Remaja 2010, semoga mendapat segala kebaikan dan manfaat dari program yang telah dilaksanakan, terus sukses dan akhirnya menjadi aset kebanggaan Islam.

Sampai jumpa lagi di program-program Nisa' yang akan datang!
Illal Liqa! Ma'as Salamah! :D

Nisa' Group Binding: Farewell 2010


Salam Mahabbah Fillah buat semua pengunjung Laman Nisa' Besut.

Alhamdulillah, atas nikmat Iman dan Islam hari ini.

Penutup tirai sahabat-sahabat Nisa' Besut 2010.



Setinggi-tinggi kesyukuran, Nisa' Besut sekali lagi telah berjaya mngadakan Program Nisa' Group Binding. Untuk pengetahuan semua, Nisa' Group Binding adalah program berkala yang diadakan setiap kali cuti semester pelajar Institut Pengajian Tinggi. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan sahabat-sahabat Nisa' Besut bersama-sama dalam satu program untuk pengisian rohani dan mengeratkan silaturrahim.

Program seumpama ini dipercayai dapat mengekalkan ukhuwwah diantara ahli Nisa' Besut, disamping memberi panduan dan perkongsian kepada generasi muda Nisa' Besut. Bertempat di Pasti An-Nazihah, sekali lagi program penutup tirai Nisa' 2010 telah diadakan.

Ust Aziz telah hadir untuk memberikan pengisian rohani yang bertajuk "Tuntutan Syahadah". Secara ringkasnya, syahadah adalah tiket ke syurga Allah, dan yang pasti, ia bukan percuma, ada tuntutan yang perlu ditunaikan untuk menju syurga Allah. Justeru, marilah kita sama-sama menghayati lafaz syahadah dan berusaha keras untuk memperoleh tiket menuju syurga Allah. Jazakumullahu Khairan Jazaa Ustaz Aziz atas perkongsian ringkas dan padat. An eye opening one. :)



Seterusnya, selari dengan program anjuran Nisa' Besut yang merupakan NGO untuk muslimah berusia seawal 13 tahun, pengisian seterusnya disampaikan oleh Kak Nafisah. Pengisian yang bertajuk "Usrah: Sebagai Tunjang Perjuangan" telah berjaya disampaikan dengan baik. Bermula dari sirah asal usrah yang bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW, pengertian usrah, rukun usrah, dan perkongsian tulus dari Kak Nafisah tentang pengalaman usrah beliau sedari usia muda hingga ke hari ini begitu menyentuh hati. Secara ringkasnya, usrah bukanlah medan perkongsian ilmu semata-mata, begitu namanya "Usrah", yang membawa maksud "Keluarga", itulah usrah yang seharusnya direalitikan. Usrah sebagai medan perkongsian, koreksi diri dan percambahan ilmu. Itulah lebihnya usrah, untuk lebih terasa impaknya, jangan lupa cari Usrah berdekatan anda, dan jangan cuba melarikan diri dari usrah. Manisnya usrah, jom sahabat-sahabat, kita berusrah!



Program diteruskan lagi dengan sesi Halaqah. Kehadiran Kak Aini, orang kuat Nisa' Besut (^^) yang merupakan lepasan IPT, menambah seronok sesi halaqah dengan perkongsian tentang kehidupan sebagai pelajar. Kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang institusi pengajian dari pelbagai bidang berlansung dengan baik. InsyaAllah, inilah serikandi yang bakal menjadi kebanggaan Islam. :D


Menjelang tengahari, program diteruskan dengan acara Barbeku untuk makan tengahari. Keletihan dek menjalani program dari pagi seakan tak terasa kerana manisnya waktu yang diluangkan untuk berukhuwwah fillah. Terima kasih yang tak terhingga atas susah payah Kak Suzana, Kak Hajar dan Kak Diana menyiapkan makan tengahari dan ayam untuk barbeku.

Seronok! Sahabat-sahabat lain, please be sure to join other upcoming program by Nisa'. :D



Jumaat, 19 Mac 2010

Program Jalinan Aidilfitri 2009

Assalamualaikum WBT.

Apa khabar pengunjung lama Nisa' Besut semua?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, hanya dengan izinNya, segala perancangan mampu untuk dilaksanakan. Program yang bermatlamatkan untuk membina ukhuwwah dikalangan ahli-ahli Nisa' Besut.

Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna pada semua, dan tahniah kerana telah melalui madrasah Ramadhan dengan jaya.

Jangan lupa mngekalkan momentum ibadah Ramadhan untuk bulan-bulan yang mendatang. Selamat berusaha!


And here goes.....
.
.
.
.
.
pictures of the day!



Jutaan terima kasih pada adik-adik dan sahabat-sahabat Nisa' yang dikasihi atas komitmen semua untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Jalinan Aidilfitri 2009 anjuran Nisa' Besut.

Jumpa lagi di program-program akan datang! :D



Jumaat, 2 Oktober 2009

Program "Memburu Cinta"


Salam Mahabbah buat semua pengunjung laman Nisa' Besut. :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala rahmat dan hidayahNya.



Pada 21 Ramadhan 1430 yang baru berlalu, Nisa telah menganjurkan satu program bersempena Lailatulqadr. Kehadiran peserta ke program adalah amat memberangsangkan.Hadirin terdiri dari mereka yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Lailatulqadr kepada para peserta. Program ini padat dengan pengisian tentang Lailatuqadr, bermula dengan ceramah yang bertajuk "Indahnya Lailatulqadr". Alhamdulillah, satu kupasan yang indah dan jelas dari penceramah jemputan kami.

Program diteruskan lagi dengan perkongsian dari para fasilitator program. Para fasilitator adalah terdiri dari kalangan graduan universiti. Sesi ini memberi impak positif kerana berupaya mencipta komunikasi dua-hala antara peserta dan para fasilitator.



Seterusnya, program berjalan dengan Slot Muhasabah. Dalam slot ini, para peserta diberikan sehelai kertas yang dilukiskan bentuk hati. Seterusnya, para peserta diminta untuk menandakan dengan satu titik hitam untuk seberapa banyak dosa yang telah mereka lakukan. Alhamdulillah, ia meninggalkan kesan keinsafan yang besar, bukan sahaja dikalangan peserta, malah para fasilitator dan jawatankuasa pelaksana program juga. Ya Allah, betapa kami sedar, hinanya kami disisiMu. Terlalu banyak dosa yang telah kami lakukan. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun,dan Maha Penerima Taubat, maka ampunilah kami, dan terimalah taubat kami Ya Allah. Diri kami terlalu dhoif, lalai dalam mengingatiMu.



Akhir kalam, seinfiniti penghargaan dari kami atas kesudian sahabat-sahabat Nisa' untuk menjayakan program ini. Kalungan penghargaan jua buat penceramah jemputan Ustaz Azhar bin Yusof atas kesudian memberikan ceramah yang bertajuk "Indahnya Lailatulqadr".

Semoga usaha kita yang sedikit ini, tercatat sebagai amalan yang diredhai disisi Allah swt dan semoga berjaya memburu Lailatuqadr yang diimpikan! :)


Dari meja editor Nisa' Besut, serta seluruh sahabat Nisa' Besut:

Selamat Berpuasa dan Salam Lailatulqadr.

Lawatan Nisa' ke Cameron Highlands

Salam Mahabbah buat pengunjung Laman Nisa' Besut yang dirahmati Allah! :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat anugerahNya.

Pada tarikh 14-15 Julai yang lalu, Nisa' Besut telah berjaya mengadakan satu program lawatan ke Cameron. Program yang berbentuk "Get-Together" ini telah berjaya mengumpulkan seramai 40 orang pwarga Nisa' besut dan ahli keluarga yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, orang dewasa dan remaja.




Jutaan penghargaan atas kesudian pihak Pejabat Agama Islam Cameron menerima kami untuk menginap di asrama mereka. Kalungan penghargaan jua buat sahabat seperjuangan organisasi Nisa' Besut atas kerjasama dan komitmen padu yang diberikanuntuk merealisasikan program yang julung kalinya dilaksanakan. Yakinlah, sejarah telah membuktikan, kita mampu LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA!

Dengan ini, disertakan gambar kenangan sepanjang program Lawatan Nisa' ke Cameron Highland.


Bersama mewarnai Nisa' Besut!

Kak Mah, ketua Nisa' Besut :D


Nisa' Boleh!


Generasi Nisa' masa hadapan.


Pemuda harapan bangsa, InsyaAllah.

Alhamdulillah, sekali lagi, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana izinNya, satu lagi program telah berjaya dilaksankan.



Stay tuned, we have got more to come!
Nisa' Besut untuk semua!