Hiburan Itu Indah

Selasa, 11 Januari 2011

Kem Solat Remaja 2010

Salam Mahabbah Fillah! :D

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang masih dirasai sehingga hari ini.

(^o^)


Pada 27-28 Disember 2010 yang telah lalu, Nisa' Besut telah diberi amanah untuk mengendalikan program Kem Solat Remaja 2010 yang telah diadakan di Darul Iman Inn, Beting Lintang, Besut. Program dua hari satu malam itu telah diadakan dengan tema "Marilah Beramal". Lagu tema untuk program adalah "Demi Matahari" nyanyian kumpulan Snada yang merupakan tafsiran bagi surah Asy-Syams.



Objektif perlaksanaan program adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan remaja untuk meningkatkan dan menjaga kualiti solat disamping mempersiapkan para remaja muslimah Kawasan Besut untuk menjadi srikandi Islam yang sebenar.

Segala puji bagi Allah, dengan izinNya sasaran peserta yang dianggarkan seramai 60 telah berjaya dicapai dengan penyertaan seramai 58 orang peserta yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 15 tahun. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur untuk memastikan kelancaran perjalanan program dan objektif program tercapai.



Program berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan walau terpaksa mengharungi keadaan cuaca yang sukar dijangka. Meskipun jangka masa program yang terhad, ia dipercayai dapat meninggalkan impak positif dikalangan remaja. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari satu malam para peserta dan fasilitator berkampung di Darul Iman Inn adalah:


  1. Aktiviti berkumpulan yang bermatlamat untuk para peserta berkenalan disamping membina kemampuan komunikasi dan kepimpinan dalam diri para remaja.
  2. Kuliah solat yang disampaikan oleh Ust Adam Ahmad.
  3. Bengkel Kuliah solat yang membawa para peserta untuk komunikasi dua hala secara terus dengan para fasilitator tentang sebarang permasalahan solat dan Kuiz berdasarkan Kuliah Solat yang disampaikan oleh Ust Adam.
  4. Bacaan Al-Mathurat secara berjemaah.
  5. Hafazan makna lafaz bacaan dalam Solat untuk memupuk khusyuk dalam solat dengan memahami lafaz bacaan dalam solat.
  6. Muhasabah ringkas yang membawa para peserta untuk menginsafi tujuan asal kehidupan di dunia dan matlamat akhir kehidupan manusia.
  7. Kuliah Subuh bertajuk "Al-Quran" oleh Ustz Siti Khadijah.
  8. Riadah pagi ala Amazing Race yang berjaya diadakan walau terpaksa mengharungi cuaca yang tidak menentu. Amazing Race ini diadakan untuk membantu para peserta mengaitkan segala input sepanjang program ini diadakan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
  9. Perkongsian tentang "Aurat Muslimah".




Program diakhiri dengan upacara penutupan oleh pihak penganjur program, Halwa Dun Kota Putera. Masih terdengar betap besarnya harapan para ibu yang menganjurkan program terhadap generasi masa hadapan. Bacaan Doa Wehdah yang dipimpin oleh Ukhti Bintul Aqilah mengakhiri program dua hari satu malam ini.



Dari pihak Nisa' Besut, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak penganjur program untuk kami mengendalikan program ini, walaupun kami merupakan pemegang amanah untuk perlaksaan program ini, kami turut mendapat peluang untuk belajar dan mengambil manfaat dari program ini.



Buat adik-adik peserta Kem Solat Remaja 2010, semoga mendapat segala kebaikan dan manfaat dari program yang telah dilaksanakan, terus sukses dan akhirnya menjadi aset kebanggaan Islam.

Sampai jumpa lagi di program-program Nisa' yang akan datang!
Illal Liqa! Ma'as Salamah! :D

1 ulasan:

ummu insyirah_tam berkata...

Bestnye kumpul ramai2...harap2 dapat berprogram lagi camni:)

p/s- solat dhuha di pantai pada waktu pagi...redup2..dgn ombak menderu2..syahdunya:)