Hiburan Itu Indah

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam Aidilfitri daripada Nisa' Besut

Minal Aidil Wal Faizin

Nisa' Besut memohon jutaan keampunan atas segala kesilapan dan kekurangan. Salam aidilfitri, salam kemenangan daripada Nisa' buat semua yang sentiasa memberi sokongan kepada Nisa'. Nisa' juga pohon cadangan, komentar, dan idea pembaharuan untuk penambahbaikan aktivti dan gerak kerja organisasi yang sedia ada ini. Kongsi-kongsi lah ya jika ada sebarang cadangan. =) Terima kasih semua. =)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Jemputan ke Jalinan Aidilfitri


Jemput Nisa' (adik-adik dan kakak-kakak perempuan) semua ke majlis rumah terbuka Nisa' iaitu Jalinan Aidilfitri. Selain menjamu selera, adik2, kakak2 juga akan disajikan dengan tayangan multimedia serta ceramah yang akan disampaikan oleh pengetua Maahad Tahfiz Pengkalan Chepa, Ustaz Mohd Khairul Ikhwan yang bertajuk Srikandi Merdeka.

Ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan srikandi merdeka dan siapa dia srikandi merdeka, jom kita berjumpa dan berkumpul di Jalinan Aidilfitri Nisa' Besut. =)

Pakai baju raya ya! =) Semoga 'ukhwah manis' terjalin di Jalinan Aidilfitri. insyaAllah. =)

Jalinan Aidilfitri
Tarikh : 3 September 2011
Masa : 8 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Dewan Haji Salleh, Alor Lintah
Pakaian : Baju Raya =) sopan-sopan~
Jemputan : Semua remaja perempuan 13tahun ke atas dijemput hadir!

sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di : 01119981761

Sabtu, 20 Ogos 2011

Pecutan Demi Pecutan- Coretan Ramadhan Nisa'


Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi nikmat masih mampu bernafas sebagaimana hari semalam. Nikmat yang Allah berikan tidak mampu dibilang betapa banyaknya termasuklah nikmat sempat menyambut sekali lagi Ramadhan pada tahun ini. Andai saja oksigen tidak mampu memasuki paru, Andai saja jantung tidak lagi berdegup, nadi tidak lagi berdenyut, kita pasti kerugian andai tidak sekalipun melafazkan rasa syukur ini. Alhamdulillah wa syukran lillah, apapun, Hadza min fadhli Rabbi.=) Semuanya pun milik Allah, udara yang percuma diberi oleh Allah untuk kita terus melafazkan rasa syukur dan untuk kita terus menjalankan dua kewajipan kita sebagai manusia, ibadullah dan khalifatullah. Alhamdulillah once again, Thank You Allah. =)

Cuba bilang, hari ini sudah berapa hari kita berada dalam bulan Ramadhan atau orang Besut sebut, 'bule poso'? ;p (angkat tangan dan bilang)

Tahun ni sedikit senang untuk dikira berapa hari sudahpun kita berpuasa memandangkan 1 Ramadhan jatuh pada 1 Ogos, maka, 21 Ogos bersamaan dengan...? masuk 21 hari kita berpuasa. Jadi, Nisa' nak tanya sekarang kita sedang menempuh fasa ke berapa ya?

Baik, kita telahpun melepasi fasa pertama Ramadhan iaitu Fasa Rahmat Allah atau kasih sayang Allah.

Dalam fasa pertama, objektif yang sepatutnya dicapai adalah rahmat Allah. Macam mana? Banyak cara yang perlu dilakukan untuk meraih rahmat Allah. Antaranya, bila datang Ramadhan seharusnya kita berazam untuk membuang segala keburukan dan kejahatan atau lebih lembutnya kesilapan2 yang tidak putus-putus kita lakukan pada 8 bulan sebelum-sebelumnya. Agak-agak tercapai tak azam kita? Hmmm, tepuk dada, tanya iman. Hanya kita yang boleh menghisab diri kita sendiri sebelum dihisab oleh Tuan jasad dan roh. Semoga, kita bukan melepasi Fasa pertama Ramadhan bagai angin lalu, tapi, kita memperoleh rahmat Allah daripadanya. insyaAllah. =)

Fasa kedua Ramadhan, sudahpun kita lepasi. Tak tahulah lulus ataupun tidak sebab kelulusan fasa-fasa Ramadhan hanya Allah yang tahu dan boleh menilainya. Apakah ia fasa kedua? Apa objektif kita? Target fasa kedua adalah untuk mendapat keampunan daripada Allah iaitu maghfirah Allah. Semoga berlalu fasa kedua iaitu fasa pertengahan dengan keampunan Allah. Amiin.

Nisa' tak mahu berbicara panjang memandangkan sudah banyak juga buku-buku, artikel-artikel yang ditulis oleh orang yang faqih berkenaan Ramadhan, dan sahabat-sahabat juga pasti sedia maklum akan banyaknya kelebihan bulan Ramadhan. jadi, terus ke fasa ketiga Ramadhan, iaitu hari-hari yang sedang berlangsung sekarang.

Apa matlamat kita pada fasa ketiga Ramadhan?

Fasa ketiga ini dikatakan sebagai fasa bebas daripada cengkaman neraka, itqun minannar. Adakah semua yang menjalani ibadat puasa itu akan bebas daripada cengkaman neraka bila melalui fasa tiga ini? Oh tidak... bukan sewenang-wenangnya begitu. Kita akan dijauhkan daripada api neraka dengan syarat, kita berusaha bersungguh-sungguh menjauhi perkara yang dilarang Allah dan bersungguh melakukan sesuatu yang disukaiNya. Jangan dituntut pembebasan daripada api neraka andai badan kita masih kotor dan menebal dengan debu dosa.

Andai baju kotor hanya boleh dibersihkan dengan sabun, maka, sabun pencuci bagi dosa ialah taubat nasuha, berubah menjadi baik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi kesilapan. Bagaimana? Debu dosa boleh dicuci dengan zikir, solat dan sebagainya.

Jadi, yuk, kita sama-sama mengisi fasa tiga ini dengan sebanyak-banyak amalan yang disukai Allah seperti ; berzikir, berdoa, beritikaf, bertadarus, beristighfar, berqiammulail dan sebagainya.

Selain merupakan fasa dijauhkan daripada api neraka, dalam fasa ketiga ini juga Allah sajikan dengan sebuah hadiah yang tiada dalam bulan-bulan yang lain. Bukan calang orang akan mendapat hadiah ini melainkan orang yang dikehendakinya. Tapi, ada cara untuk kita menjadi orang terpilih menerima hadiah ini sebagaimana yang Nisa' sebutkan tadi. Buat perkara yang Allah suka dan sayangkan kita. Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah Allah akan pilih kita menjadi orang yang istimewa mendapat hadiah tersebut. Hadiah apa ya?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Ia lah Lailatul Qadar, malam lebih baik daripada seribu bulan. carilah ia, burulah ia. Tapi, ini tidak bermakna hanya pada fasa terakhir Ramadhan kita akan serta merta menjadi ahli ibadah yang tidak terpisah daripada bentangan sejadah. Seharusnya, daripada bulan-bulan sebelum lagi kita harus berusaha mendapatkannya. istiqamah dalam beribadat dan mencari redhaNya. Buat pecutan dan menangi lailatul qadar, tapi, andai sudah menang sekalipun, latihan pecut harus diteruskan atau kita akan kalah di sisi Allah pada bulan-bulan yang lain. Ingat ya, matlamat kita sebenarnya meraih redha Allah bukan hanya pada Ramadhan. orang kata Ramadhan sebagai bulan tarbiyah, ia melatih kita untuk menjadi umat yang lebih baik dan terus istiqamah pada bulan-bulan lainnya.

Sekadar ini coretan Nisa' kali ini. Maafkan andai ada terkasar bahasa. Nisa' juga masih lagi budak baru belajar, jadi, sebarang kesilapan dalam coretan ini harap dibetulkan.

Wallahu'alam, Wassalam.

Muslimah, dengarkanlah =)




Allah cintakanmu,

Rasulullah kasihkanmu

Muslimah,

berbahagialah,

kau telah dilahirkanNya dengan mulia

Subhannallah,

Tuhan tlah berkati wanita yang cukup ilmu,

rendah hati

Muslimah,

Busanamu menutup rapi

Aurat kau lindungi dengan indahnya

Muslimah,

Kau rajin mengaji,

Islam kau jadikan ikutan sejati

Subhanallah,

Tuhan tlah berkati wanita yang cukup ilmu,

rendah hati

Muslimah

Memandangmu menyejuk hati

Menundukkan nafsu hati yang goyah

Keayuan wanita solehah

Indah peribadi, tulus hatinya

Muslimah,

Kecantikan yang sebenar

Pada tutur kata

Penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu

Dengan pakaian

Mentaati Allah

Muslimah

Kau masuk ke syurga

Solat lima waktu dan berpuasa

Menundukkan pandangan matamu

Mentaati suami yang tercinta

Muslimah,

Busanamu menutup rapi

Aurat kau lindungi dengan indahnya

Muslimah,

Kau rajin mengaji

Islam kau jadikan ikutan sejati

*Muslimah-Nazrey Johani*


Ahad, 14 Ogos 2011

Jangan Rongakkan Saff Kita!


Ramadhan- ditunggu-tunggu kehadirannya. Terlalu banyak keistimewaan Ramadhan sehingga kehadirannya sering dinanti. Antaranya, dalam Ramadhan, ada solat sunat terawikh yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Alhamdulillah, selain punya pengalaman menyambut awal Ramadhan di wad, pada hari keempat Ramadhan sehingga hari ini, saya berkesempatan menunaikan ibadah sunat terawikh secara berjemaah. Setia berkunjung ke satu masjid iaitu Masjid Gong Kepas yang diimamkan ustaz dari Kemboja. Bacaannya lunak dan iras2 Syeikh Masyari Rasyid. Alhamdulillah.

Di awal-awal Ramadhan, bahagian solat wanita penuh dan sesak dengan jemaah terawikh yang ramai. Kadang-kadang saya sendiri terpaksa duduk di saff luar masjid, iaitu di muka pintu masjid. Orang kata tak elok duduk di muka pintu, nanti tak ada orang masuk meminang. ;p Tapi, tak apa, saya bukan duduk, tapi saya sekadar bersolat di muka pintu. Persetankan kata orang asalkan saya dapat berjemaah terawikh bersama orang kampung saya... Cuma, di pertengahan Ramadhan, jemaah semakin berkurang dan di sinilah saya tergeleng-geleng kepala melihat barisan jemaah yang tidak teratur.

Bukan menggeleng kerana saff yang berkurang, tapi menggeleng kerana saff yang rongak-rongak. Di sebelah kiri berlubang, kanan berlubang walhal tengah juga berlubang. Saya mengajak beberapa orang untuk merapatkan saff di hadapan, tapi, orang yang diajak tetap tidak mahu berganjak. Ibarat satu sejadah untuk seorang, maka, boleh tembus mata penglihatan ke jemaah saff paling depan. Tidak kurang juga yang berat untuk berganjak disebabkan kedudukannya yang strategik iaitu betul2 dibuai-buai kipas angin industri yang besar. Susah-susah (menggeleng kepala). Susah sebab kebanyakannya lebih tua daripada saya, takut ditegur terasa pula hati mereka. Buktinya apabila saya cuba mengisi saff yang kosong, makcik di sebelah saya tiba2 berpaling dan bagitahu, ‘Dik, sempit la...peluh-peluh nanti..’ Saya terdiam, sekadar senyum dan terus bangkit untuk solat sebaik imam bertakbiratul ihram. ‘Maafkan saya makcik. Tak sanggup rasa hati membiarkan saff rongak begitu! Lagipun rasanya tak sempit dah’, sempat bermonolog di hati sedang di wajah penuh kerutan serba salah.

KENAPA KENA RAPATKAN SAFF?

Kenapa ya perkara yang kelihatan kecil ini saya besar-besarkan pada catatan kali ini?

Teringat saya pada zaman saya mula ingin mengenali agama, di UIA, kiri dan kanan saya adalah orang Arab. Tahu-tahu sajalah orang Arab ni badannya lebih berisi berbanding orang kita (Melayu), saya seakan dihimpit di tengah. Tiba-tiba seorang daripada jemaah keluar daripada saff sedang waktu itu sedang bersolat. Orang Arab di sebelah saya berganjak beberapa langkah dan saya masih diam disitu mengaminkan bacaan imam. Tiba-tiba saya dapat rasakan badan saya disentap oleh orang belakang menyuruh saya berganjak, dan baru saya berganjak perlahan-lahan. Dari situlah saya sentiasa cuba cakna tentang kesempurnaan saff apabila solat berjemaah.

Oh ya, masih tidak menjawab soalan. Mengapa rapatkan saff itu penting? Sebab, bahasa mudahnya, kita akan dapat fadhilat atau ganjaran yang besar daripada Allah dengan rapatnya saff solat. Bahasa mudahnya lagi, Allah suka kalau kita rapatkan saff solat. Daripada sudut sainsnya pula, apabila merapatkan saff, ion2 dalam badan kita mengalir, begitu juga daripada jiran-jiran jemaah kita. Ion-ion tersebutlah yang akan saling bertukar dan justeru menjalin ukhuwah antara kita sesama Islam. Kerana sentuhan juga boleh mengeratkan kasih sayang sesama kita bukan? ;p

Semasa zaman sekolah dulu-dulu, apabila saff tak rapat, kawan-kawan saya pernah tegur dan bagitahu jangan putuskan saff, nanti tak dapat pahala saff. Semudah itu saya difahamkan tentang kepentingan rapatkan saff solat. Dengan ini, saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat dan adik-adik untuk lebih cakna tentang barisan solat jemaah kita. =)

Begitulah catatan saya, sekadar penjelasan mengikut pengalaman diri. Tapi, banyak sumber juga menekankan perihal kepentingan merapatkan saff solat. Di sini saya sertakan sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan :

http://www.iluvislam.com

http://ibnushukran.blogspot.com

http://zonedakwah.blogspot.com

http://www.faridrashidi.com

Selamat Beramal dan Selamat Menyempurnakan Amalan! =)

Semoga Ramadhan penuh berkat. Amiin~

Wallahu’alam. Wassalam.