Hiburan Itu Indah

Selasa, 11 Januari 2011

Nisa' Group Binding: Farewell 2010


Salam Mahabbah Fillah buat semua pengunjung Laman Nisa' Besut.

Alhamdulillah, atas nikmat Iman dan Islam hari ini.

Penutup tirai sahabat-sahabat Nisa' Besut 2010.



Setinggi-tinggi kesyukuran, Nisa' Besut sekali lagi telah berjaya mngadakan Program Nisa' Group Binding. Untuk pengetahuan semua, Nisa' Group Binding adalah program berkala yang diadakan setiap kali cuti semester pelajar Institut Pengajian Tinggi. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan sahabat-sahabat Nisa' Besut bersama-sama dalam satu program untuk pengisian rohani dan mengeratkan silaturrahim.

Program seumpama ini dipercayai dapat mengekalkan ukhuwwah diantara ahli Nisa' Besut, disamping memberi panduan dan perkongsian kepada generasi muda Nisa' Besut. Bertempat di Pasti An-Nazihah, sekali lagi program penutup tirai Nisa' 2010 telah diadakan.

Ust Aziz telah hadir untuk memberikan pengisian rohani yang bertajuk "Tuntutan Syahadah". Secara ringkasnya, syahadah adalah tiket ke syurga Allah, dan yang pasti, ia bukan percuma, ada tuntutan yang perlu ditunaikan untuk menju syurga Allah. Justeru, marilah kita sama-sama menghayati lafaz syahadah dan berusaha keras untuk memperoleh tiket menuju syurga Allah. Jazakumullahu Khairan Jazaa Ustaz Aziz atas perkongsian ringkas dan padat. An eye opening one. :)



Seterusnya, selari dengan program anjuran Nisa' Besut yang merupakan NGO untuk muslimah berusia seawal 13 tahun, pengisian seterusnya disampaikan oleh Kak Nafisah. Pengisian yang bertajuk "Usrah: Sebagai Tunjang Perjuangan" telah berjaya disampaikan dengan baik. Bermula dari sirah asal usrah yang bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW, pengertian usrah, rukun usrah, dan perkongsian tulus dari Kak Nafisah tentang pengalaman usrah beliau sedari usia muda hingga ke hari ini begitu menyentuh hati. Secara ringkasnya, usrah bukanlah medan perkongsian ilmu semata-mata, begitu namanya "Usrah", yang membawa maksud "Keluarga", itulah usrah yang seharusnya direalitikan. Usrah sebagai medan perkongsian, koreksi diri dan percambahan ilmu. Itulah lebihnya usrah, untuk lebih terasa impaknya, jangan lupa cari Usrah berdekatan anda, dan jangan cuba melarikan diri dari usrah. Manisnya usrah, jom sahabat-sahabat, kita berusrah!



Program diteruskan lagi dengan sesi Halaqah. Kehadiran Kak Aini, orang kuat Nisa' Besut (^^) yang merupakan lepasan IPT, menambah seronok sesi halaqah dengan perkongsian tentang kehidupan sebagai pelajar. Kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang institusi pengajian dari pelbagai bidang berlansung dengan baik. InsyaAllah, inilah serikandi yang bakal menjadi kebanggaan Islam. :D


Menjelang tengahari, program diteruskan dengan acara Barbeku untuk makan tengahari. Keletihan dek menjalani program dari pagi seakan tak terasa kerana manisnya waktu yang diluangkan untuk berukhuwwah fillah. Terima kasih yang tak terhingga atas susah payah Kak Suzana, Kak Hajar dan Kak Diana menyiapkan makan tengahari dan ayam untuk barbeku.

Seronok! Sahabat-sahabat lain, please be sure to join other upcoming program by Nisa'. :D



Tiada ulasan: