Hiburan Itu Indah

Ahad, 4 Mac 2012

PROMOSI PROGRAM: YOUTH EXPLORATION CAMP 2012. JOM!:)




Assalamu'alaikum wrb rakan-rakan NISA':)

Alhamdulilah, Jun 2011 yang lalu NISA' Besut telah berjaya menawan Bukit Keluang. Mac 2012 pula bakal menyaksikan NISA' Besut explore Pulau Perhentian pula, inshaAllah...

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama kami ye rakan-rakan. Tempat adalah TERHAD! Kami akan mengamalkan polisi "First-come, first served" atau "Siapa cepat, dia dapat":) Jadi rakan-rakan yang berminat cepat-cepat hubungi Kak Dati (0148257275) atau Kak Aini (0148061062) untuk pastikan anda bersama-sama kami dalam eksplorasi yang menarik ini!:)

Pendaftaran terbuka sehingga selewat-lewatnya pada 10hb Mac 2012 nanti. Dan ambil perhatian juga, kami buka EXPLORASI ini untuk semua remaja perempuan berumur 18 TAHUN DAN KE ATAS! Ya, untuk mereka 18++! JOM!

Sebarang update tentang YOUTH EXPLORATION CAMP 2012 ini akan kami maklumkan melaui FB, blog dan telefon nanti inshaAllah....

SAMBIL BEREKSPLORASI, KITA EXPLORE JUGA FUNGSI DIRI:))

Salam Sayang Dari Kami Team NISA' BESUT <3 <3


Khamis, 27 Oktober 2011

LabbaikAllah...


Assalamualaikum sahabat2 Nisa'! ^^v

Apa khabar iman?
Apa khabar taqwa?
Apa khabar jasad?
Apa khabar emosi?


Hopefully semuanya dalam keadaan baik2 sahaja, inshaAllah..

Masya-Allah, lama sungguh x ber-update blog Nisa' Besut ni ye? Ampun maaf atas segala kelemahan dari pihak kami. InshaAllah selagi masih diberi pinjaman nafas akan cuba kami perbaiki segala kekurangan yang ada.



Ramadhan telah berlalu, Syawal jua telah meninggalkan kita. Zulkaedah menjelang, Zulhijjah melambai2 sesayup lambaian Ka'abah, sesyahdu panggilan Ilahi menjemput hamba-hambaNya yang terpilih untuk menjadi tetamu kehormat di rumahNya yang suci - AlHaramain.

Sahabat,
Alangkah bertuahnya insan-insan yang terpilih memenuhi panggilan Haji pada kali ini. Antara jutaan insan terpilih itu adalah Ketua Nisa' Besut sendiri, iaitu Kak Islah Ain. InshaAllah beliau bersama 9 orang lagi ahli keluarganya akan berangkat ke Tanah Suci pada hari ini - Jumaat yang penuh barokah. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan tubuh badan dan kekentalan iman buat mereka semua sepanjang tempoh berada di Tanah Suci nanti. Doakan jua semoga seluruh ummat mendapat Haji yang mabrur, inshaAllah!

Bagi yang masih belum berkesempatan untuk ke Tanah Suci, usah bersedih hati. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Dia amat murah dengan reward pahala buat hamba-hambaNya. Apa tidaknya, tanpa perlu mengeluarkan wang walau sesen, Allah dah pun janjikan kita bonus-bonus istimewa untuk direbut sepanjang bulan Zulhijjah nanti.

To cut it short, sudi-sudikan diri melawat laman sesawang Ustaz Zaharuddin ini untuk merebut peluang redeem hadiah2 lumayan yang telah dijanjikan - http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

Sekian sahaja coretan kali ini..
Renung-renungkan dan Selamat BerAMAL! ^___^